Selamat dtg ke dunia MLM.. Suatu peluang perniagaan yang hebat diabad ke-21 ini. Di dalam ruangan JohanJamil.blogspot.com / www.facebook.com/insan sukses ent ini, kami akan menerangkan sejelas-jelasnya tentang kehebatan peluang perniagaan yang patut direbut oleh semua orang tanpa mengira latar belakang keluarga, pendidikan dan juga tahap ekonomi semasa seseorang kerana ianya telah dirumuskan sebegitu rupa dan sangat sesuai untuk semua terutama yang mahu memajukan diri. Sebelum memulakannya, cubalah kita renung-renungkan bersama-sama tentang tujuan kewujudan kita di dunia pada hari ini... ya, saya pasti ianya bukan hanya bertujuan untuk mengisi segala ruangan yang ada atau sekadar untuk melihat dunia semata-mata. Tetapi saya salah seorang ahli MLM di sini begitu yakin bahawa kita semua mesti ada tugasan dan peranan yang perlu diambil bahagian. Cuma kitalah yang menentukan peranan apakah yang nak kita mainkan di dalam dunia yang penuh mencabar ini. Sebenarnya Tuhan telah menyediakan begitu banyak nikmat-nikmat yang dikhususkan untuk semua umat manusia... tapi sayangnya masih begitu ramai juga dikalangan kita yang tidak dapat menikmati apa yang sepatutnya mereka nikmati. Percayakah anda jika saya mengatakan bahawa jika seseorang itu tidak dapat menikmati sepenuhnya terhadap apa yang patut, ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena di dalam perjalanan hidupnya... mungkin sikap ego, mungkin sikap selesa dengan apa yang ada, mungkin kerana tidak suka bergaul dan tak nak terima pendapat orang lain, mungkin silap memilih bidang pekerjaan atau paling malang sekali ialah sikap malas.... terutamanya malas untuk berfikir. Setiap manusia mesti mempunyai matlamat dan impian di dalam kehidupan. Bagaimana dan apakah Impian Anda ?
Setiap manusia normal di dunia ini semuanya impikan kehidupan yang bahagia dan sejahtera. Mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita dan impian mereka. Dengan bermodalkan tenaga empat kerat, setiap manusia mulai melakukan bermacam-macam pekerjaan dan aktiviti demi menuju masa depan yang lebih gemilang... Tapi.. sayang sekali, ramai yang berasa begitu kecewa setelah berjuang bermati-matian selama 30 tahun iaitu semasa mulai serius berkerja dari usia 25 tahun sehingga ke 55 tahun.Tuan-tuan/Puan-puan.. Sebenarnya mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan langkah yang kita ambil sebelum ini... iaitu kita merasakan bahawa apabila kita mulai berkerja.. kita rasa suatu hari nanti pasti kehidupan kita akan berubah seperti pepatah melayu mengatakan: "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..."
Kerana:-
Mereka tak tahu
Mereka dah kaya
Mereka dah sihat
Mereka Ego
Mereka dah bebas
Mereka tak nak faham
Sesungguhnya sangat rugi jika seseorang tu tidak buat MLM kerana jika buat MLM mereka akan:
Kaya
Sihat
Bebas
Dapat kereta percuma
Dapat rumah percuma
Melancong percuma
Dapat membantu orang lain
Boleh merawat orang2 yang sakit/berpenyakit dan mcam2 lagi...
Kenape perlu buat MLM
Hari ini, ramai orang sering merungut tentang tekanan ekonomi yang sering memberi tekanan dalam kehidupan moden. Maka pihak kerajaan menyeru agar semua orang terlibat dengan perniagaan dengan dasar Keusahawanan Kerjaya Pilihan.Masalahnya nak jadi usahawan apa ? Sebab tak ada modal, pengalaman, contac dan juga tidak ada pihak yang nak beri tunjuk ajar yang jelas dengan kos yang minima.Jangan risau... saya menjemput anda untuk menjadi usahawan MLM...Di sini kita akan memberi tunjuk ajar yang jelas dengan kos yang paling rendah di dunia. Perniagaannya pula tidak perlu modal... lagi pun kejayaan yang tersedia sangat hebat dan maksima.Dengan MLM, anda mampu mencapai taraf jutawan dalam masa 5-7 tahun sahaja. Ianya sangat praktikal dan telah terbukti berkesan. Sehingga abad ini 2011, MLM telah melahirkan 55 orang Jutawan dan lebih separuh daripadanya adalah kaum bumiputra.Jadi, jika mahu berjaya dalam kehidupan, saya menyeru para pembaca dan kawan2nya, marilah kita sertai MLM beramai-ramai.