Wednesday, October 16, 2013

Kenapa perlu kaya?

Kenapa saya perlu kaya?

Anda perlukan satu tujuan yang besar atau hajat yang besar sehingga boleh mendorong anda berusaha untuk mendapatkannya. Motivasi juga merupakan pendorong untuk anda bertindak melakukannya, ia juga merupakan seperti magnet yang berada dihadapan dan mampu MENARIK anda kesana... Motivasi juga merupakan seperti pelancar roket yang mampu melancar roket ke bulan.. Motivasi adalah bermula dari satu titik permulaan yang saya panggil sebagai “Titik Tolak” atau “Turning Point”.

Apakah titik tolak anda untuk Berjaya..? Dari situlah mulanya Motivasi...

Apakah perkara yang menjadi motivasi kepada anda untuk terus bertindak dan menjadikan anda berbeza dari 95% orang lain yang selalunya gagal atau berhenti dalam masa 3 ke 6 bulan kemudian?

Tidak semua orang berminat untuk membuat duit yang banyak atau berjuta-juta. Jika anda mencebur diri dalam MLM dengan berharapan seperti itu, saya secara jujur mengatakan ini adalah satu motivasi yang tidak kuat dan anda akan termasuk di dalam golongan 95% orang yang gagal 3 ke 6 bulan kemudian.

Bagi saya ialah kerana saya ingin melihat masyarakat di luar sana bebas dari kemiskinan, terutama sekali kepada golongan yang tidak mampu seperti orang tua yang terbiar, anak yatim, golongan cacat yang terbiar dan sebagainya. Saya terpaksa menjadi KAYA untuk membantu golongan ini sebaik mungkin. Saya jadikan MLM sebagai satu wadah perjuangan saya untuk mencapai cita-cita murni ini. InsyaAllah.

Kawan saya menjadikan “keadaan kemiskinannya” pada masa itu sebagai motivasi untuk dia berubah dan menjadi kaya melalui MLM. Beliau sudah tidak tahan dicerca dan diherdik oleh Mak Mertua serta seluruh keluarga mereka kerana kemiskinannya.Beliau juga dipaksa berkali-kali supaya menceraikan isterinya jika masih miskin lagi.

Kawan saya yang seorang lagi juga menjadikan kemiskinannya sebagai batu loncatan atau motivasi untuk dirinya terus gagah menghadapi siku liku di dalam perniagaan MLM dan akhirnya beliau Berjaya mengeluarkan diri dan keluarganya dari belengu kemiskinan. Suatu hari beliau diludah oleh kawannya, “Tuih..!! KALAU MISKIN TAK PAYAH NAIK KERETA, BAWA ANAK BINI KAU BALIK JALAN KAKI SAHAJA…..” Suatu hari beliau ingin meminjam kereta dari kawannya untuk balik ke kampung kerana ada kematian di pihak keluarganya. Itulah jawapan yang diterima.

Anda pula bagaimana…?

Orang-orang Berjaya, menjadikan keadaan sekarang (keadaan miskin dan serba kekurangan) sebagai MOTIVASI atau Batu Loncatan untuk Berjaya di dalam MLM, sebaliknya 95% orang-orang “biasa” yang gagal, mereka menjadikan keadaan sekarang (keadaan miskin dan serba kekurangan) sebagai alasan yang kuat untuk TIDAK Berjaya. Mereka asyik berkata, “susah kerana aku tiada wang”, “susah kerana aku tiada kereta” dan macam-macam lagi..

Mulai sekarang, carilah satu sebab KENAPA anda nak Berjaya..!!? atau
WHY..? U have to success…?

Jadikan “Why” itu sebagai Batu Loncatan atau Turning Point untuk MEMOTIVASIKAN anda 
supaya Istiqomah di dalam perniagaan MLM anda dan seterusnya anda Berjaya berada di dalam 
golongan Insan Luarbiasa 5%.. Itulah yang di maksudkan oleh saya dengan perkataan “MOTIVASI MLM”…
Saya bagi anda contoh dibawah
7 sebab kenapa kita perlu Berjaya dan Kaya Beriman

1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!
MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....,SYUKUR..SB SAYA DH JUMPA JALANNYA...

Al-Fatehah utk kedua ibubapa kita yg telah pergi.....


Trend MLM

Trend MLM (networking)

Perubahan Trend MLM: MLM sentiasa melalui perubahan dan haruslah mengikut keadaan semasa agar ianya sesuai sepanjang zaman. Daripada pengamatan dan kajian secara menyeluruh, maka didapati MLM ini akan melalui perubahan paradigma setiap 20 tahun sekali iaitu:- 1970 – 1990 : Era Part Time 1990 – 2010 : Era Full Time 2010 – 2030 : Era Part Time tetapi dengan hasil seperti Full Time. 1970 – 1990 : Era Part Time Semasa zaman ini, dua buah syarikat MLM yang popular iaitu Amway dan Tupperware. Ramai dikalangan rakyat Malaysia menyertainya secara sambilan / part-time sahaja. Ianya hanya dilakukan secara sambilan dan sekadar untuk menambahkan pendapatan sampingan semata-mata. Mereka yang menyertainya juga menjalankan MLM ini sebagai jurujual sahaja untuk mendapatkan keuntungan runcit. Tidak ramai yang melakukan penajaan dan mengikuti kursus pembangunan keusahawanan. 1990 – 2010 : Era Full Time Pada zaman ini, ramai orang mulai memahami dan dapat melihat potensi yang besar dalam kerjaya MLM. Daripada sini, maka ramai yang melakukan kerjaya MLM secara serius dengan mengikuti segala seminar, kursus dan juga latihan pembangunan keusahawanan MLM. Mereka yang melakukan MLM boleh berjaya dan menikmati kejayaan. Ada juga yang mencapai taraf jutawan. Maka, tidak syak lagi bahawa kerjaya MLM adalah sangat bagus… ramai yang melakukannya secara sepenuh masa dan sangat ramai yang mencapai taraf jutawan. Tetapi semenjak akhir-akhit ini, nampaknya industri MLM di Malaysia menjadi semakin lesu dan tidak bermaya… ada yang mulai hilang sumber pendapatannya dan tidak kurang juga ada yang jatuh bankrup kerana tidak lagi dapat menyesuaikan diri dengan perubahan baru dan cabaran semasa. Sebenarnya MLM Malaysia mulai memasuki perubahan fasa yang ke-3 dengan kemajuan teknologi dan internet. 2010 – 2030 : Era Part Time tetapi dengan hasil seperti Full Time. Pada era ini, didapati ramai masyarakat terlalu sibuk dengan teknologi digital dan juga kenaikan harga barangan harian yang tinggi. Kesibukan ini jelas terlihat terutamanya golongan muda yang lebih banyak memilih hiburan berbanding untuk belajar mancapai kejayaan di dalam MLM. Antara mereka ini lebih gemar menonton program-program menarik di TV dan paling ramai suka menghabiskan masa di Facebook dan internet. Jadi, sekiranya mereka nak menyertai MLM, mereka hanya mengharapkan dapat dilakukan secara part-time tetapi mahukan pendapatan lumayan sepertimana orang yang melakukan MLM secara Full Time. Jadi, natijahnya ialah… syarikat MLM mesti harus menyesuaikan sistem mereka akar dapat memenuhi kehendak pasaran semasa. Untuk memenuhi kriteria ini, maka sesebuah syarikat MLM itu haruslah:- 1. Ringkas dan simple; 2. Marketing Plan yang mudah; 3. Peratusan bayaran bonus yang tinggi; 4. Dapat dilakukan secara online; 5. Produk yang sedikit tetapi sangat berkesan; 6. Tiada stokis tetapi penghantaran adalah terus oleh syarikat. 7. Bertaraf antarabangsa dan profesional. 8. Terbukti boleh melahirkan ramai jutawan. Penghantaran oleh syarikat ini penting… kerana kita tidak ada masa untuk pergi beli produk dan menghantarkannya kepada pelanggan atau downline kita. Jika syarikat yang menghantarnya, maknanya kita sangat jimat masa dan sangat sesuai untuk mereka yang buat part-time. Jadi, sekiranya harus ulang-alik ke stokis, ianya khas untuk mereka yang melakukan secara full-time macam konvensyenal MLM. Lagi satu kelemahan stokis… ada sesetengah stokis itu sendiri akan mencuri downline kita atau ada juga yang akan mencuri PV pembelian downline-downline kita. Ini adalah kerana kebanyakan pemilik stokis juga adalah merupakan pengedar MLM tersebut dan dia juga perlu maintain pembelian bulanan. Mengenai taraf antarabangsa, ianya adalah penting kerana untuk mendapat pulangan yang besar, kita haruslah menaja seramai yang mungkin. Maka, jika antarabangsa, pasaran kita adalah global dan tiada sempadan. Jika kita memilih syarikat tempatan, maknanya kita berebut pasaran dalam negara sahaja yang mempunyai 27 juta penduduk. Itupun tak sampai 10 % darinya yang mahu melibatkan diri dengan MLM. Profesional – ini bermaksud pengurusan yang profesional. Semua kakitangannya dipilih berdasarkan kelayakan akademik dan profesionalime.Kebanyakan syarikat tempatan adalah tidak profesional dan ramai dikalangan kakitangannya adalah dikalangan bangsa tertentu… tak kurang juga pengurusan tertingginya adalah 
dikalangan ahli keluarga sendiri dan sahabat handai yang terdekat. Jadi kepada anda yg masih tidak mengenali MLM bleh PM sy #016-2179268 utk maklumat lanjut. Jika anda penah gagal dalam industri MLM itu bermakna anda sudah hampir kejayaan. Tiada apa yg ingin dicerita apabila berjaya iaitu kegagalan dahulu. "Gagal itu biasa, tapi bangkit dari gagal itu luar biasa" Jumpa anda di puncak kejayaan.

Sunday, October 26, 2008

Peluang Perniagaan

Selamat dtg ke dunia MLM.. Suatu peluang perniagaan yang hebat diabad ke-21 ini. Di dalam ruangan JohanJamil.blogspot.com / www.facebook.com/insan sukses ent ini, kami akan menerangkan sejelas-jelasnya tentang kehebatan peluang perniagaan yang patut direbut oleh semua orang tanpa mengira latar belakang keluarga, pendidikan dan juga tahap ekonomi semasa seseorang kerana ianya telah dirumuskan sebegitu rupa dan sangat sesuai untuk semua terutama yang mahu memajukan diri. Sebelum memulakannya, cubalah kita renung-renungkan bersama-sama tentang tujuan kewujudan kita di dunia pada hari ini... ya, saya pasti ianya bukan hanya bertujuan untuk mengisi segala ruangan yang ada atau sekadar untuk melihat dunia semata-mata. Tetapi saya salah seorang ahli MLM di sini begitu yakin bahawa kita semua mesti ada tugasan dan peranan yang perlu diambil bahagian. Cuma kitalah yang menentukan peranan apakah yang nak kita mainkan di dalam dunia yang penuh mencabar ini. Sebenarnya Tuhan telah menyediakan begitu banyak nikmat-nikmat yang dikhususkan untuk semua umat manusia... tapi sayangnya masih begitu ramai juga dikalangan kita yang tidak dapat menikmati apa yang sepatutnya mereka nikmati. Percayakah anda jika saya mengatakan bahawa jika seseorang itu tidak dapat menikmati sepenuhnya terhadap apa yang patut, ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena di dalam perjalanan hidupnya... mungkin sikap ego, mungkin sikap selesa dengan apa yang ada, mungkin kerana tidak suka bergaul dan tak nak terima pendapat orang lain, mungkin silap memilih bidang pekerjaan atau paling malang sekali ialah sikap malas.... terutamanya malas untuk berfikir. Setiap manusia mesti mempunyai matlamat dan impian di dalam kehidupan. Bagaimana dan apakah Impian Anda ?
Setiap manusia normal di dunia ini semuanya impikan kehidupan yang bahagia dan sejahtera. Mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita dan impian mereka. Dengan bermodalkan tenaga empat kerat, setiap manusia mulai melakukan bermacam-macam pekerjaan dan aktiviti demi menuju masa depan yang lebih gemilang... Tapi.. sayang sekali, ramai yang berasa begitu kecewa setelah berjuang bermati-matian selama 30 tahun iaitu semasa mulai serius berkerja dari usia 25 tahun sehingga ke 55 tahun.Tuan-tuan/Puan-puan.. Sebenarnya mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan langkah yang kita ambil sebelum ini... iaitu kita merasakan bahawa apabila kita mulai berkerja.. kita rasa suatu hari nanti pasti kehidupan kita akan berubah seperti pepatah melayu mengatakan: "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..."
Kerana:-
  1. Mereka tak tahu
  2. Mereka dah kaya
  3. Mereka dah sihat
  4. Mereka Ego
  5. Mereka dah bebas
  6. Mereka tak nak faham

Sesungguhnya sangat rugi jika seseorang tu tidak buat MLM kerana jika buat MLM mereka akan:

  1. Kaya
  2. Sihat
  3. Bebas
  4. Dapat kereta percuma
  5. Dapat rumah percuma
  6. Melancong percuma
  7. Dapat membantu orang lain
  8. Boleh merawat orang2 yang sakit/berpenyakit dan mcam2 lagi...

Kenape perlu buat MLM

Hari ini, ramai orang sering merungut tentang tekanan ekonomi yang sering memberi tekanan dalam kehidupan moden. Maka pihak kerajaan menyeru agar semua orang terlibat dengan perniagaan dengan dasar Keusahawanan Kerjaya Pilihan.Masalahnya nak jadi usahawan apa ? Sebab tak ada modal, pengalaman, contac dan juga tidak ada pihak yang nak beri tunjuk ajar yang jelas dengan kos yang minima.Jangan risau... saya menjemput anda untuk menjadi usahawan MLM...Di sini kita akan memberi tunjuk ajar yang jelas dengan kos yang paling rendah di dunia. Perniagaannya pula tidak perlu modal... lagi pun kejayaan yang tersedia sangat hebat dan maksima.Dengan MLM, anda mampu mencapai taraf jutawan dalam masa 5-7 tahun sahaja. Ianya sangat praktikal dan telah terbukti berkesan. Sehingga abad ini 2011, MLM telah melahirkan 55 orang Jutawan dan lebih separuh daripadanya adalah kaum bumiputra.Jadi, jika mahu berjaya dalam kehidupan, saya menyeru para pembaca dan kawan2nya, marilah kita sertai MLM beramai-ramai.